Wednesday, February 23, 2011

Sekapur Sireh



   Salam 1 Malaysia dan rasa ceria daripada kami warga Salaon Kecantikan Menawan semoga pelanggan semua tampil sihat,jelita dan mendapat kepuasan dari apa yang diharapkan.Produk kecantikan merupakan antara satu aset penting dalam kehidupan seorang wanita.Rangkaian produk kecantikan yang dirumus khas diperkaya dengan zat pemutih, pati herba, gabungan ekstrak buah dan pati bunga seperti vitamin C dan E oil serta penambahan AHA dan UV. Sebahagiannya diperuntukkan bagi memastikan kejelitaan atau kesihatan menjadi hakmilik kekal mereka.
   Akhir-akhir ini bukan sahaja kaum Hawa yang menjadikan produk kecantikan sebagai gaya hidup harian, malah turut diterokai golongan kaum Adam yang menanam minat begitu tinggi dalam fenomena kecantikan ini.
   Memiliki kulit yang lebih bersih dan sihat, tidak bermakna harus mengunakan produk yang berjenama global, yang penting produk haruslah sesuai dan selamat digunakan. Mutu kebersihan, keberkesanan dan keserasian produk harus diambik kira, bukannya aspek jenama pilihan. Produk berjenama mahal tidak semestinya menjaminkan keputusan yang diharap-harapkan. Pengguna juga diminta usah mudah terperdaya dengan akhbar-akhbar angin yang sentiasa ingin merosakkan kepercayaan, sebaiknya dapatkan kepastian.







SALON RAWATAN KECANTIKAN DAN SPA
Pusat Rawatan Kecantikan Menawan dilenkapi 3 bilik rawatan yang amat selesa serta bilik spa. Selain dari itu pusat kecantikan ini juga dilengkapi dengan peralatan moden dan tradisional dalam membuat rawatan.


  1. Treament 
  2. Rebonding  
  3. Inai Rambut 
  4. Gunting Rambut 
  5. Kerinting Rambut
  6. Facial Muka 
  7. Resdung 
  8. Sauna 
  9. mekap pengatin/dinner/Bertunang
  10. Urutan Badan 
  11. Rendaman Kaki Kesihatan
  12. Sewa Dulang (dulang & lapik RM6)
  13. Ubat-ubatan
Pakej Pengatin : 


  • Mandi Bunga
  • Mandi Susu
  • Skrub Badan
  • Bulu kenning
  • Beleching Badan
SALON


Salon Kecantikan Menawan dijalankan perniagaan di rumah bertingkat semua dilengkapi kemudahan sperti beritu :




\
Cuci Rambut

  \        
         Facial Muka                               Gunting Rambut
SPA Salon Kecantikan Menawan:










Mandian Bunga ( Ramuan) :


Mandi Bunga dalam hubungannya dengan budaya orang Melayu memang sudah tidak asing lagi. Mandi bunga adalah antara amalan yang masyhur. Mandi bunga dilakukan kerana dua sebab. Yang pertama semata-mata untuk mewangikan badan dan menyegarkannya. Sebab kedua pula memiliki tujuan-tujuan tertentu seperti menghilangkan sial dan sebagainya.

Mengikut istiadat, mandi bunga perlu dilakukan dengan syarat yang ditentukan oleh tukang ubat. Limau bersama-sama sirih pinang dan sireh adalah merupakan ‘tiang seri’ dan ramuan utama dalam adat-istiadat orang Melayu. Daun, bunga dan limau dengan sifat tertentu seperti contoh daun bertemu urat, warna tertentu, bilangan tertentu (contoh tujuh jenis bunga dipetik ketika pagi masih berembun) merupakan syaratnya. Hanya bunga-bunga yang sudah mekar sempurna digunakan. Antara jenis bunga yang biasa digunakan ialah melur, cempaka, mawar putih, mawar merah, melati, lili, krisan, lotus, kenanga, anggerik ungu, dan raya putih. Pelbagai ramuan turut dicampur seperti daun sireh dan daun serai wangi. Dipercayai, aroma daun, bunga dan limau dalam mandi bunga akan menjauhkan makhluk jahat tertentu dan mendatangkan makhluk lain yang ‘baik’ sebagai khadam atau ‘pendamping’.


Cara memulai mandi yang benar, dengan urutan sebagai berikut :
1. Menyiram mulai dari ujung jari kaki (kanan dan kiri) ke arah atas sampai lutut;
2. Menyiram mulai dari lutut (kanan dan kiri) ke arah atas sampai bagian perut;
3. Menyiram mulai dari bagian perut ke arah atas sampai pundak;
4. Menyiram mulai jari ujung jari tangan (kanan dan kiri) sampai ke pundak;
5. Menyiram mulai dari bagian leher ke arah atas sampai kepala.
6. Menyikat Gigi
Urutan kegiatan seperti tersebut di atas harus berurutan dari 1 sampai 6 dan masing-masing dilakukan sebanyak minimal 3 (tiga) kali kecuali menyikat gigi. Memulai mandi dari bagian bawah terlebih dahulu dimaksudkan agar hawa panas tubuh terangkat ke bagian atas tubuh dan akhirnya akan terbuang keluar melalui lubang-lubang (rongga) tubuh bagian atas seperti mulut, hidung dan telinga.
Pada saat menyiram bagian perut dan bagian dada (urutan 3&4) biasanya kita akan merasakan merinding, hal ini disebabkan oleh bergeraknya hawa panas tubuh dari bagian bawah badan ke bagian atas. Pada saat menyiram kepala, orang yang mandi akan merasa sedikit pusing. Rasa pusing ini disebabkan oleh keluarnya hawa panas tubuh melalui rongga bagian atas seperti mulut, hidung dan telinga. Setelah itu baru kita menyikat gigi.
Bila kegiatan mandi ini dilaksanakan terus menerus (konsisten), maka kira-kira dalam waktu 2 (dua) sampai 3 (tiga) bulan anda akan merasakan manfaatnya, badan akan terasa segar, ringan dalam bergerak dan akan terhindar dari sakit influensa dan masuk angin.

Amalan Bengkung Selepas Bersalin :




Tahukah Anda?
  •  Amalan berpantang yang betul dapat mengekalkan awet muda
  •  Pengeluaran darah nifas, darah bantal dan darah bayam yang lancar selepas bersalin dapat mengembalikan kejelitaan dan kesihatan ibu
  • Melulur dapat menghindari kemasukan angin sejuk yang mengakibatkan penyakit kebas, bisa otot serta sendi dan urat saraf
Bengkung untuk ibu
BENGKUNG MAMA ZIGZAG

Mempunyai 2 tali memudahkan diikat oleh ibu bersalin tanpa bantuan sesiapa.
Dibuat drpd kain kasa belacu yg tebal tetapi lembut dan dilapik dibahagian hadapan dengan kain cotton maroon yang bermutu tinggi juga selesa dipakai.
Dipotong dijahit dgn baik sehingga terletak kejap dibadan tanpa masalah menaik @ berlipat diperut.
Panjang menutup seluruh kawasan perut bermula bawah payu dara hingga mencecah paras pinggul.
Rekaannya yg moden sesuai utk ibu selepas bersalin.
Dijahit mengikut saiz S, M, L, XL, XXL, XXXL.

Mandian Aura selepas bersalin

Mandian herba ini di perbuat daripada himpunan 7 daun herba yang biasa di gunakan sewaktu berpantang. Antaranya ialah daun meringan,daun pisang kelat, daun pandan, daun haliabara,daun serai wangi, daun chappa dan daun inai.Gabungan kesemua daun ini membantu memulihkan kembali kesegaran dan kesihatan badan yang lemah selepas bersalin.

Setiap pek mempunyai berat 40 gm, bersaiz 1/2 kertas A4 dan boleh di gunakan untuk 3 hingga 4 kali mandian atau selepas pati dan warna air rebusan hilang.
Set tungkung dan anak






Sila saksikan video ini,ada berapa tip untuk kecantikan muka :